LATAR BELAKANG SEKOLAH

PENDAHULUAN

Sekolah Menengah Kebangsaan Lukut terletak  di tepi jalan besar Port Dickson, Seremban memang menjadi perhatian sesiapa sahaja yang melalui jalan ini. Sekolah ini terletak  hanya 5 km dari Bandar Port Dickson di kawasan seluas 15 hektar.

Sekolah ini di kelilingi oleh beberapa  buah kampung  dan taman-taman perumahan yang penduduknya terdiridaripada kaum Melayu ,Cina dan India.

SEJARAH PENUBUHAN

Sekolah Menengah Kebangsaan Lukut mula dibina pada  akhir tahun 1980 dan siap sepenuhnya pada tahun 1982 di atas biayaan Bank Dunia. Sekolah ini mula digunakan pada tahun 1983 dengan nama Sekolah Menengah Rendah Lukut. Sekolah ini ditubuhkan untuk menampung bilangan pelajar daripada  Sekolah Kebangsaan Kampung Gelam, SRJK (C) Chung Hwa Lukut,SRJK (T) Ladang Sendayan dan SRJK(T) Ladang Seliau.

Mereka di tempatkan dalam sebuah kelas Darjah  Peralihan dan dua buah kelas Tingkatan Satu.

PERKEMBANGAN FIZIKAL

Selaras dengan kemajuan negara dana pertambahan penduduk sekitar, perkembangan fizikal sekolah ini juga telah meningkat.Carta berikut adalah memperlihatkan perkembangan tersebut.
 
Butir 1983 1993 1999
Bangunan
Pelajar
Guru
Bilik Darjah
Pekerja
4 buah
150 orang
10 orang
4 buah
6 orang
7 buah
807 orang
42 orang
22 buah
11 orang
10 buah
1145 orang
60 orang
31 buah
13 orang

Sehingga 1999 sekolah ini  telah dilengkapkan dengan tambahan 2 blok bangunan untuk kemudahan makmal Sains Tulin  , Bengkel, Pusat Sumber  Sekolah , Perpustakaan  dan  Bilik Multimedia.