Make your own free website on Tripod.com
  PIAGAM PELANGGAN SEKOLAH


"
Kami Warga Sek.Men.Keb.Lukut dengan penuh tekad dan iltizam berikrar dan berjanji akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk:

1.  Menyediakan program pendidikan (kurikulum,ko-kurikulum dan kesahsiahan) yang terbaik bagi memenuhi kehendak pelajar,ibu bapa,masyarakat dan negara.

2.  Memastikan proses dan pelaksanaan program pendidikan yang disediakan selaras dengan falsafah dan wawasan pendidikan negara.

3. Mewujudkan budaya dan iklim sekolah yang kondusif,sihat, bersih, ceria dan penyayang.

4. Mewujudkan jentera dan sistem pengurusan sekolah yang bersih, cekap, amanah, bijaksana dan dinamik berteraskan pembaharuan yang berterusan.

5. Memberi perkhidmatan dan layanan yang mesra,adil dan cekap kepada setiap pelajar, ibu bapa dan masyarakat tanpa mengira latar belakang sosial,ekonomi,agama dan keturunan.

6. Sentiasa peka dan responsif kepada kehendak dan keperluan pelanggan.

7. Sanggup menerima pandangan, cadangan dan teguran secara positif untuk meningkatkan keberkesanan dan kecemerlangan pengurusan pendidikan".